ahLan WaSahLan


widget

Saturday 31 January 2015

KEM QIYAMMULLAIL SESI 1 2015




SEMOGA KALIAN SEMUA BERISTIQOMAH MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH SOLEHAH..

(^_^)

HIKMAH SEMENTA 2015...

Permudahkanlah ya Rabb bagi tahun 2015 ini untuk kami, hamba-hambaMu yang lemah menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan kepada kami.

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَالْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَالْمَوْتِ


Kisah hakikat seketul hati

Ku merenung keseorangan.....
melayan perasaan kebosanan.....
mataku pedih, berair dihembus angin
hatiku kosong, kosong, kosong.
ahhh...... boronggggggggggggggggg

apa yang ku perlu buat...???
aku nak ke mana....???
hati ku memerontak..., aku tidak mengerti apa yang sedang dicari oleh aku sendiri
erkkkk.... boringnyaaaa.

aku menarik nafas dalam, menghirup udara yang segar sedalam-dalamnya...
sambil memujuk hati...
monolog dalam sendirian " apa kau mahu ni khaizar, kau dah buat macam-macam untuk enjoy, kau kan dah enjoy, bestkan.... sambil membayangkan hiasan dunia yang paling indah. maya, kekasih hati yang menjadi rebutan ramai.... duit, apa kau nak kau dapat, siap enjoy dengan kawan lagi, pelajaran.... kaulah yang terbaik top five selalu, menjadi kebanggaan semua cikgu...semua kau ada..."

errrrkkkkkk, peningggggg, ku menggelengkan kepala respon kepeningan semua itu, tapi semua itu menjadikan aku lebih pening.... khaizarrrrr, hati kecilku menjerit...
ku hampir menangis...
bagi ku memang semua itu best, tapi kenapa hatiku masih lagi mencari, mencari, mencari dan terus mencari......
apa ini!!!!!
semakin hati aku terus membuai dengan semua perkara ini, semakin aku rasa bosan..... berjumpa kekasih, suka-suka, senyum-senyum, control macho.... bahagia (senyum sorang2), tapi kadang2 boring asyik contro je semua nyer nak tunjuk bagusss.. penatnya. jumpa kawan2, main-main, ketawa besar, kadang2 menyakitkan hati jugak.... hampehhhh, nak habuan semuanya kawan2, kalu tiada belanja, habis lari....,cikgu, parent, " bagus2 buat yang terbaik lagi kamu boleh, harapan kami",, uhhhh, tension nyerrrr.
aku terus berfikir, aku cuba merasai keseronakkan dan kepuasan dari semua ini sekejap sahaja, namun, lepas itu, hati aku kembali bosan dan memberontak....apa ini?
apa yang kau nak ni wahai hati.........???????????? semuanya kau jemu......

Penuh persoalan aku lontarkan kepada lubuk hatiku.......

Aku menarik nafas lagi, aku cuba tunduk dan memejamkan mata. aku cuba mencari segala jawapan di dalam kotak otakku. Tiba2 aku teringat kata-kata ustaz aziz dalam kelas minggu lepas. hati manusia merupakan tunjang anggota badan jika baik ia, baiklah anggota lain. aku manilai kata-kata tersebut.... Allah!! baru ku sedar inilah jawapan yang sebenarnya yang ku cari selama ini..

Ya Allah ampulah aku. Aku baru sedar bahawa kotornya hatiku ini. hati ini yang dulunya suci fitrahnya telah ku isi dengan perkara sia-sia.. Mudahnya aku di tipu dengan lakonan dunia ini....

Aku memejamkan mata serapat-rapatnya, rasa berat jantungku untuk bergerak normal. aku menahan sebak.... Allah ampukan hambaMu ini. Maafkan ku ini. Beratnya kepalaku untukku mendungak ke atas kerana menahan sebak dan air mataku dengan jawapan yang telah ku jumpa ini.

"Khaizar tidak ada gunanya kau menangis tanpa ada usaha untuk kau berubah"... bisik hatiku, dalam masa yang sama terdetik dalam hatiku untuk berubah, dalam satu tarikkan nafas aku berazam dalam diriku untuk dan berjanji untuk berterusan untuk kuatkan diri untuk  merubah menjadi anak dan pelajar yang baik terutamanya azam untuk menjadi hamba soleh.

Setelah mendapat jawapan ini... aku sangat bersyukur dan aku sedar bahawa Allah tidak menilai seseorang atas dasar luaran hambanya... Allah hanya menilai hambanya berdasarkan kepada ketaqwaan. ketaqwaan ini diwujudkan di dalam hati.. Apabila hati bersih, kehidupan akan menjadi tenang dan senang... Allahhu Rabbi. Tetapkanlah iman di dalam hatiku... ameennnn.

ISLAM IS MY LIFE..................
ALHAMDULILLAH, KU SUJUD PADAMU YA ALLAH